Biodata

gambar-yb-kot

YB. Tuan Mohammad Fairus Bin Khairuddin

Timbalan Ketua Menteri (1)

Negeri Pulau Pinang

Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama,

Pembangunan Keusahawanan & Koperasi,

Penerangan & Perhubungan Masyarakat

 

Mohammad Fairus Khairudin merupakan Timbalan Ketua Menteri I bagi negeri Pulau Pinang. Beliau dilantik ke jawatan itu setelah pakatan parti pembangkang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membentuk kerajaan Pulau Pinang ekoran kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Dalam tugas barisan exco kerajaan Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Beliau berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan cucu bekas Penghulu Guar Perahu Abdullah bin Din (Tok Wan Lah ). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.

Beliau merupakan penasihat Biro Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga adalah Naib Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Selayang dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Mohammad Fairus memulakan kerjaya awal dengan menyertai beberapa organisasi korporat gergasi tempatan dan antarabangsa, antaranya Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia, Uni Asia Life Assurance Bhd kemudian menjadi perunding bebas.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah menang kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang dengan 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari Barisan Nasional.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Fairus_Khairuddin

Comments are closed.